Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.
Tuesday, 22 November 2011
Posted by najmi otai at 01:36 0 comments
Friday, 18 November 2011
hanya sebentuk cincin

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..
sunnah nabi jarang nak ikut ..
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.
Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....
((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))
renung2kan dan selamat beramal... :D
Posted by najmi otai at 21:19 0 comments
menyembah pohon itu. Ia kembali ke rumahnya mengambil kapak dan kembali untuk menebang pohon itu.
Namun, di perjalanan ia dicegat iblis yang melarangnya menebang pohon itu. Ia berkeras bahawa pohon itu harus ditebang, kerana merupakan penyebab kesyirikan, menduakan Allah. Namun iblis terus mencegatnya hingga terjadi pergulatan. Dngan mudah ahli ibadah itu mengalahkan iblis yang
menyerupai manusia biasa.
Kerana kalah, iblis kemudian menawarkan dua dinar yang akan ditaruh di bawah bantal lelaki itu setiap harinya. Ia pun setuju. Beberapa hari berikutnya ia begitu menikmati dua dinar pemberian yang ditaruh di bawah bantalnya. Hingga di hari kesekian, seperti biasanya, lelaki itu terbangun, namun kali ini ia tidak menemukan apa-apa yang di bawah bantalnya.
“Kurang ajar,, aku telah ditipu, sekarang aku akan menebang pohon itu,” seru abid geram.
Di jalan ia kembali ditemui iblis dalam bentuk manusia itu seraya lagi bertanya, “Hendak kemanakah engkau?”
Dengan masih marah, lelaki ahli ibadah itu menjawab, “Aku akan menebang pohon yang disembah itu.” Iblis menukas, “Engkau berbohong, bukan kerana itu engkau hendak menebangnya.”
Abid terus melangkah untuk menebang pohon yang disembah orang itu, sehingga iblis itu marah dan membantingnya ke tanahlalu mencekiknya erat, seraya bertanya, Tahukah engkau, siapakah aku sebenarnya? Aku adalah iblis! Engkau datang pertama kali hendak menebang pohon itu kerana semata membela Allah sehingga aku tidak mempunyai cara untuk mengalahkanmu.
Lalu, aku perdaya engkau dengan dua dinar dan engkau tidak menebangnya. Kerana engkau sekarang datang kerana marah demi dua dinar itu maka aku dapat mengalahkanmu. Hanya dengan keikhlasan engkau dapt mengalahkanku.”
Posted by najmi otai at 18:33 0 comments
Friday, 4 November 2011
Untaian kalimat yang seakan menusuk ulu hati najmi, teringat bahawa selama beberapa bulan yang lalu begitunajmi dibutakan oleh cinta yang palsu. Ya, cinta telah melumpuhkan fikiran aku dan memainkan emosi aku dengan begitu mudah hebat
Cinta…
saya bajmi otai pernah dibuat mabuk cinta. Entah bila saya mula berkenalan dengannya, dengan cinta yang membuat saya seperti bukan diri saya yang sebelumnya. Cinta yang membuat saya rela melanggar prinsip yang bertahun-tahun saya pertahankan, yang telah membuat saya buta dan tuli dan mampu melakukan sesuatu yang sebelum ini tidak pernah saya lakukan, membenarkan sesuatu atas nama cinta.
Cinta tidak membuat saya berubah menjadi lebih baik tetapi sebaliknya.
Cinta yang dulu saya kenal membuat saya mudah sekali menangis sampai mata saya lebam. Kalau dikumpulkan mungkin air mata saya sudah sebaldi penuh. Cinta itu membuat saya mampu bangun ditengah malam kerana HP saya berdering, membuat saya rela berjaga sehingga pagi menjelang, hanya untuk berbual dengannya.
Padahal jika alarm pukul 3 pagi sepatutnya membangunkan saya untuk bertemu Sang Pemilik Jiwa, sering saya matikan dan terlelap kembali. Kalaupun terjaga, hanya tahujjud singkat. Tidak selama seperti saya berbual – bual dengan seseorang itu. Separah itu cinta membutakan saya saat itu.
Dan kini, bagaimana khabarnya cinta itu? Dimana zara yang dulu selalu ada untuk saya? Semua sudah tidak ada lagi bersama saya. Sedangkan DIA yang selalu saya abaikan, yang selalu saya datangi hanya ketika saya memerlukanNYA, DIA tidak pernah berganjak menjauhi dari saya, bahkan ketika saya bersendirian DIA yang selalu menemani saya, menghapus air mata saya, mengubati luka hati saya.
DIAlah yang menggantikan apa yang hilang dari saya dengan yang lebih baik, jauh lebih baik dari yang saya harapkan. Tidak ingin lagi diri ini terjerumus pada cinta yang seperti itu lagi, saya ingin mengenal cinta yang datangnya hanya dari DIA dan kepada DIA saya persembahkan.
Posted by najmi otai at 08:51 0 comments
~✿ Terlalu Mengejar KESEMPURNAAN?? ✿~
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia jadi milik orang lain..Kamu Juga Yang Akan MENYESAL dan tiada gunanya lagi..
Oleh itu, jangan terlalu mngejar KESEMPURNAAN, Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang utama. Sedangkan kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang.. Dan akur dgn KELEMAHANNYA sebagai seorang manusia biasa...
>>> BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI...Kita akan BAHAGIA,BAHAGIA dan terus BAHAGIA...itu lebih bermakna...InsyaAllah..
Posted by najmi otai at 08:20 0 comments