BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS



“Mencintai seseorang bukanlah apa-apa. Dicintai seseorang adalah sesuatu. Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti. Tapi, dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya.

Friday 25 November 2011


Baca tuk nasihat mu nk aku..>.< 
 

 KITA SEBENARNYA..
lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram.

KITA S...EBENARNYA..
lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.

KITA SEBENARNYA..
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.

KITA SEBENARNYA..
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada solat.

KITA SEBENARNYA..
lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama sahabat.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyebut helo atau hai daripada Assalamu'alaykum.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.

KITA SEBENARNYA..
kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.

KITA SEBENARNYA..
kita sebenarnya lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama dan al-quran.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka memaki,mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.

KITA SEBENARNYA..
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.

KITA SEBENARNYA..
lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.

tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita, kita lebih suka menjawab..

KITA SEBENARNYA..
lebih suka menuju ke syurga daripada neraka.. tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?

“Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Sesiapa mengerjakan kejahatan, maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengannya. Dan sesiapa mengerjakan amal yang soleh, daripada lelaki atau perempuan, sedang dia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab. [Al-Mukmin : Ayat 39-40]

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia juga akhirat...

0 comments: