BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS



“Mencintai seseorang bukanlah apa-apa. Dicintai seseorang adalah sesuatu. Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti. Tapi, dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya.

Sunday, 11 December 2011

Sebuah hati kecil ...


http://1.bp.blogspot.com/_2Lz7uZtU9t0/TUL1CJkPcRI/AAAAAAAAAQg/yI3QG45v-gU/s400/24000059439595l.jpg



KEEPING THE HEART more painful and difficult
from keeping sheep companion .. but when the heart
 is tamed, it is more difficult to be compared to the wild sheep ..
more difficult to soften the hearts of the iron melt ..
but when the heart has become SOFT,
it is more difficult to rust than metal ...

>>> The liver is the FAITH repositories NET ..
when our hearts, faith would be able to remain in it ..
faith did not last long and was absent at the heart of faith is dirty ..
STAY on a clean heart .. thus, purify our hearts CAPITAL always ..
this is early to pROVE that we people....


Muslims ...najmi otai

Thursday, 1 December 2011


Tiga cara untuk mehinlangkan sunyi
 

http://www.top5reason.com/wp-content/uploads/2011/05/p5.jpg


Pertama
Untuk melawan perasaan sunyi, anda sebenarnya memerlukan satu lingkaran sosial yang membolehkan anda berkomunikasi dengan orang lain. Elakkan daripada terus menyendiri. Anda perlu keluar ke tempat awam dan cuba bersembang dengan mereka. Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk bercakap ketika masa itu, hanya peruntukkan masa anda untuk melihat gelagat orang ramai diluar berbanding terus duduk seorang diri di dalam rumah. Ini dapat membantu untuk anda melawan perasaan sunyi yang anda rasakan.
kedua
Cuba sibukkan diri anda untuk melakukan sesuatu. Salah satu petanda yang menunjukkan bahawa anda berasa sunyi adalah waktu tidur anda akan terganggu, sering terjaga pada waktu malam dan akan berasa mengantuk pada siang hari. Tidur yang terganggu dalam apa-apa situasi sekalipun akan membuatkan seseorang hilang mood, memudahkan untuk mendapat penyakit dan akan melemahkan tenaga mereka untuk melakukan aktiviti harian. Ianya amat penting untuk anda menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin. Salah satu caranya ialah dengan membela haiwan ternakan, mengajar kanak-kanak, atau fokus terhadap pembesaran anak anda dapat membantu untuk melawan perasaan sunyi.
ketiga
Anda perlu mencari apakah punca yang membuatkan anda berasa sunyi. Ini adalah kerana sekiranya anda dapat mengenalpasti punca kesunyian, ia akan memudahkan anda untuk mencari jalan penyelesaian. Mungkin pelbagai cara telah anda lakukan. Tetapi jauh di dalam sudut hati anda, masih merasakan kesunyian. Ini adalah kerana penyelesaian untuk kesunyian yang anda rasakan masih belum selesai. Sebagai contoh, mungkin kesunyian yang anda rasakan adalah daripada perhatian seorang lelaki. Untuk penyelesaian terbaik, anda perlu menjalinkan persahabatan dengan lelaki untuk membantu anda mengurangkan sedikit rasa kesunyian.


Wednesday, 30 November 2011


 Assalammualaikum  bulan  December :)

okay sudah 1 DECEMBER 2011, adakah azam korang tercapai utk tahun 2011?insyallah tercapainye…law x tercapaipon…tahun dpn masih ade,.(dikaluberkesempatanJTegakkan perjalanan yang bakal ditempuh, tegakkan semangat bila runtuh :D..ouke..back to december . :Dmulai kehidupan yg baru di awal bulan Desember..ye…semoga Berjaya..x lme lagi agi akan masuk tahun bru…semoga pnjang umur korang smua…J
 

Tuesday, 29 November 2011

http://4.bp.blogspot.com/_e_sx-bTMb3A/TLVThx1dIvI/AAAAAAAAAIE/IthxDWB6Cxo/s1600/single.jpg


1) Kewangan- Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja. Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.
(2) Kawan- Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.
(3) Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu- Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan.
(4) Tidak banyak masalah- Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja.
(5) Kurang tanggungjawab- Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.

Friday, 25 November 2011


Baca tuk nasihat mu nk aku..>.< 
 

 KITA SEBENARNYA..
lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram.

KITA S...EBENARNYA..
lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.

KITA SEBENARNYA..
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.

KITA SEBENARNYA..
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada solat.

KITA SEBENARNYA..
lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama sahabat.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyebut helo atau hai daripada Assalamu'alaykum.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.

KITA SEBENARNYA..
kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.

KITA SEBENARNYA..
kita sebenarnya lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama dan al-quran.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka memaki,mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.

KITA SEBENARNYA..
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.

KITA SEBENARNYA..
lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.

tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita, kita lebih suka menjawab..

KITA SEBENARNYA..
lebih suka menuju ke syurga daripada neraka.. tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?

“Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Sesiapa mengerjakan kejahatan, maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengannya. Dan sesiapa mengerjakan amal yang soleh, daripada lelaki atau perempuan, sedang dia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab. [Al-Mukmin : Ayat 39-40]

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia juga akhirat...

Tuesday, 22 November 2011




FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.